Monday, June 30, 2008

...biarkan aku...

*morning*

Acapkali hati ini berdetik
Betapa kerdil aku sebagai insan
Sering kelihatan khilafku sebagai teman

Mungkin pernah keikhlasan itu tersirna
Bila hati ini terungkai layu
Andai pernah sekali rasa itu bertamu
Hanya kemaafan mampu ku unjur buatmu

Aku juga insan sepertimu
Ingin lakaran indah wadah hidupku
Andai kebahagiaan itu bukan milikku
Lempar sahaja menjauh dari hatiku
Jika benar kurnia itu belum terukir namaku

Hela nafas ini belum tentu
Esok juga mungkin bukan untukku
Pada Tuhan aku pohon restuMu
Biar hari ini kurniaan terbaik dariMu
Kurang atau lebih itu yang sempurna bagiku..

..dan doaku agar terbias cahaya zuriat itu untukku.

1 comment:

Amirizzuan said...

insya allah. panjang umur, murah rezeki, allah maha kaya lagi maha pemurah, ade rezeki kita. kene usaha lebih sikit.