Friday, October 31, 2008

.. kenangan lalu..

...hola!

Terima kasih pada yang IM aku personal bertanyakan keadaan mental aku yang tak berapa stable kebelakangan ni. Maaf sebab bahasa aku memang kasar; kalau ada yang take offense dengan status YM aku, actually itu sahaja cara aku luahkan yang terbuku kelat gelap melekat dalam hati aku ni.

Anyway, malas nak cerita panjang. Kerja masih tetap diteruskan...

Aku nak attach gamba ni. Mengimbau mak ayah aku 35 tahun yang lalu. Gamba ni di ambil sehari lepas pernikahan mak ayah aku pada 2 Ogos 1973.



..so, muka aku cam muka mak aku ke.. bapak aku? Heh heh heh heh heh..

Thursday, October 30, 2008

...gunakanlah bahasa kebangsaan kita.. marilah jayakan ramai2...

...tak larat.

Perut sakit. Hati pun sakit.

Tapi kerja masih perlu diteruskan.

Pagi tadik aku dengar snippets perbahasan usul kat Dewan Rakyat. Aku rasa la Dewan Rakyat. Well, aku rasa Dewan Rakyat kita adalah Dewan yang.. membosankan. Sorry. Aku tau maybe sebab dia bagi dengar yang sopan santun je la kan. Yang macam bergaduh2 tu kurang kot. Or kebetulan hari ni semua orang demam(?) atau mabuk maruku(?) yang menyebabkan sesi tu.. MasyaAllah.. lemau macam kuih gulung kat umah aku.

Contoh:
Wakil A: Adakah kerajaan akan memastikan bahawa sebelum pemindahan pelajar ke IPTS yang baru, segala kemudahan prasarana, kuliah, makmal adalah sempurna?

Wakil B: Seperti yang kita maklumkan tadi, kami akan mengarahkan IPTS tersebut untuk memeriksa sebelum pemindahan dijalankan.

Satu, aku rasa Wakil B tak menjawab soalan. Tatau la kalau korang puas hati dengan jawapan berskrip ni. Sesi macam baca skrip. Tak mencabar langsung isu. Tak mencabar langsung intonasi. Tak ada provokasi. Macam berjual pantun. Sebab lepas tu Wakil A tak challenge langsung jawapan tadi.

Dua, aku rasa semua MP kat Dewan Rakyat tu perlu belajar Bahasa Melayu semula. Sorry, I am not being ultra-conservative here. Like, pro Malay cam UMNO. But please, make an effort to learn how to pronounce Malay word properly OK? You know, budak sekolah rendah sekarang be it India ke, Chinese ke, bercakap melayu tu dah bunyi macam Melayu. Even mamat India opis mate aku ni pun reti cakap Melayu proper. Malu le.

Kuliah, bukan kuli-e. Prasarana, bukan pasarna. Mula-mula kelakar, lama-lama aku rasa macam MP ni tak ada usaha langsung nak perkasakan sebutan. Apa, you sound stupid when speaking in Malay? Yeah memang stupid. So jangan la buat excuse. Belajar!

Waaaa emo nye aku. Maybe sebab aku tengah PMS... :)

chalorssss...

Wednesday, October 29, 2008

...wrestling mania..

...work work work!

Wrestling was on TV last nite. Some girls. Can't imagine how they can do THAT for a living. Like, pulling hair.. twisting limbs... knocking each other down. Some girl on girl action. Hey, I bet it's every guy's dream come true. Go figure.

I found out that wrestling thrive on drama. Hey, the last match between.. uhm.. that Rev Mysterio and Evan Airbourne was quite interesting. Fight to the end. Then, making amends. Then.. some big Mack truck-sized dudes coming into the ring and just smack them down senseless (or that is what they made us think). If there is an Academy Awards for sports, I bet they'll get all the nomination and perhaps bring back a statuette or two. Who knows, the referee will get the "Best Supporting Actor in Drama" award.

I love drama. Especially the one involving my fellow company-ians (is there such word..? sheesh).

I think I should resort to wrestling tactics.

First, get myself a persona, an image. Whom should I be called? The Gender Bender? The Abomidable Account Manager? The Ruthless Collector? Wow, the possibilities are endless!

Then, learn to talk trash. Trash the other support team like crazy. Create the hype - "Don't mess with this AM, or else...I'll escalate to your bosses and you'll regret it.. FOREVER~!! "

Plus, create a costume. Or better still, wear my company's logo across my CHEST!

Then, learn my move. Yeah, that chair-swinging is classic, but I'll be dead if I tried doing that to my customers. Yeah, my routine would be more ... on the talking side.. and the emailing side.. wrestling style... :P

..so, maybe I should start practicing.. today?

Tuesday, October 28, 2008

...sisterly love...

...Tuesday morning...

I wish to discuss about my brother today... and I just don't know what to do.

My brother is 13 years old. He's the only son in the family. When we fought, we were equal; equally 5-year-olds :). When my mom was pregnant with him, I used to smack my mom's belly so hard. I cried when I knew I would no longer be my parents' sole attention.

But, though I hate to admit it, actually I love him. ;-)

But that is not what I wish to discusss. I was so angry at him. Why? At the tender age of 13, he actually proposed to his girlfriend! How do I know it?

I read his text messages.

Yes, yes, the naivety of youth. I was 13 once. I know. But he's still.. young!

Is this me in protective mode? Yes. I mean, 13 is the age whereby you enjoy your teens. Go socialize! Play games and sports! See the world (through school trips with your teachers, mind you). Not to pursue stupid girls who spell 'aku' as 'aq' in her text messages. Euww..

I don't know how to approach this subject. If it's up to me, I'll text the girl and put it right my way - "hey slutty beeootchh, don't you ever, EVER, dare to play the fool around my brother!" Uh.. that's harsh.

But I have to remind myself that I have to let him experience this silliness we called CRUSH. At what expense? His study? Maybe. I want him to know that if he choose to pursue stupid young slutty bitchy hoe (pardon my language, I am still fuming), he'll end up being nobody. If you choose to pursue your future, you definitely get people to pursue you. Right?

I would blame the media for this problem. Turn to any channel on our pay-tv, they glorify this subject like nobody's business. Like, it's cool to have girlfriends... or that you have to conform to a certain image when you are a teen so that people will like you. You have to wear a certain style. My brother, he has curly hair. But since ALL his friends has straight hair and can style it with the latest trend, he was so crushed that he secretly uses rebonding hair product! As much as I laugh at that, I felt so sorry for him. I want to tell him that it's OK to be different.

I wish I can protect him from all this, but I know if I keep on doing that, I'll be losing him in the end.

But I would really... really.. love to text that girl. Just once.. Just.. ishhh...

Friday, October 24, 2008

...mak dan aku...

...pagi yang kelat...

Telefon mak semalam. Pesan kerepek bawang. Tambah rempeyek kacang. Satu kilo each. Tak sabar nak tunggu mak datang.

Telefon abah lewat malam semalam. Sembang pasal restructuring yang merunsingkan. Tak tahu ke mana hala tuju. Tanya abah bila abah nak sampai. Lewat malam esok, abah kata. Tidur rumah siapa? Rumah As la. Yeayyyy!! Kalah lagi kakak aku kat Klang. Mesti dia bengang dengan aku. Heh heh heh heh heh...

Kakak kakak aku semua kata aku paling manja dengan mak. Entah, sebenarnya aku sendiri pun tak perasan. Aku tanya Kak Long aku cemana pulak aku ni yang paling manja, dia kata sebab masa aku kecik-kecik mak selalu dukung aku bawak jalan-jalan. Ooo.. Lepas tu aku perasan kalau mak pi mana-mana dia selalu belikan aku gift yang kakak aku tak dapat. Be it that windchime yang aku gantung kat living hall window rumah aku, or that pencil box yang aku dapat masa aku tadika (masa tu aku baru balik dari sekolah, tau-tau mak tunjuk pencil box baru), or dua pasang baju tidur yang dia beli kat Jusco ("Jangan cakap kakak kau mak bagi baju ni...") ..oh, dan sebijik kek ceklat yang mak buat masa aku nak balik KL...

Oh.

Kak Long aku pernah tanya dengan mak kalau dia dah tak larat nanti dia nak tinggal dengan siapa. Mak kata, dengan As. Masa aku dengar dari kakak aku tu, tiba-tiba hati aku jadi sayu. Di mata aku, mak biasanya akan jaga aku. Masa aku sakit, mak yang tak tidur malam sebab aku menangis sepanjang malam. Jadi bila aku memikirkan satu hari nanti aku akan buat perkara yang sama pada mak, aku rasa sebak. One complete cycle of life. And I hope I'll do a good job, even if it is not as good as what she did to me.

Thank you mak..

Thursday, October 23, 2008

...who am I kidding?

...and I thought you are different from the others...

Mimpi Yang Sempurna - Peter Pan
=========================
Mungkinkah bila kubertanya
Pada bintang2
Dan bila kumulai merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkan aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana terbata
Semua dalam keraguan
Aku dan semua
Yang terluka karena kita

Chorus:
Aku kan menghilang dalam pekat malam
Lepas kumelayang
Biarlah kubertanya pada bintang2
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna
Aku dan semua
Yang terluka karena kita

Dalam mimpi yang sempurna..

...siapa aku?

...mengantuk...

Semalam aku sembang dengan Amir masa on the way back from the office.

Aku cakap dengan Amir, masa aku bujang dulu, aku ni jadi tempat kawan-kawan lelaki aku meluahkan perasaan. Bukan meluahkan perasaan tentang aku, tapi pada aku. Ada beza tu.

Biasanya luahan perasaan mengenai perasaan mereka yang tak kesampaian. Contoh dialog (ni memang berdasarkan pengalaman sendiri masa aku bujang):

Cerita 1:
Lelaki 1 : "Aku suka la kat si J ni. Lawa pun lawa.. pandai pulak tu.. heeee...tapi dia sure tak pandang aku kan..?"
Aku : Uh-uh. (memang pun - tapi dalam hati je la)

Cerita 2:
Lelaki 2: "Hee.. comelnye budak ni.. geram rasa nak peluk2 je.. peluk bantal guling pun rasa maca peluk dia.."
Aku : Uh-uh. (hoi mangkuk! Geli la bodo.. - again dalam hati je la)

.. dan macam-macam lagi la kan. Yang paling teruk, Lelaki 2 di atas ni pernah minat 3 orang gadis yang berbeza. Dan utk ketiga-tiga gadis ni, semua nya diluahkan bukan pada minah2 ni, pada aku. Shilake.

So kiranya aku punye pengalaman ni dah agak luas la kan. Kadang2 aku terfikir, pernah ke aku jadi gadis yang dinyatakan di atas ni. Aku cakap dengan Amir, kalau dalam satu negeri tu cuma ada dua orang perempuan, seorang ni pujaan hati semua orang sebab dia comel, dan seorang ni pulak tempat para lelaki yang mendambakan perhatian perempuan comel ni meluahkan perasaan, maka aku lah perempuan yang kedua tu. Tak pernah yang nombor satu. And aku rasa diri aku ni sangat la kurangnya. Sesuai jadi kawan, tapi takkan jadi orang yang menawan. Heh.

Then Amir tanya aku, aku boleh ke jadi comel? Dan itu buat aku terfikir. Yep, aku tak akan pernah jadi comel. Sebab itu bukan aku. Tapi aku tak kecewa. Aku berkahwin dengan Amir yang menerima aku se'ganas'nya.

Dan ya, Amir bukan salah seorang lelaki yang meluahkan perasaan tentang perempuan lain pada aku. Dia meluahkan perasaan dia...pada aku.

Thanks Amir.

Wednesday, October 22, 2008

...short announcement!

..di umumkan..

Borang permohonan biasiswa YTM untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara telah selamat ditandatangani oleh:

1) AGM
2) GM
3) AGM HR KL

... dan selepas ini aku harus berdoa banyak2 semoga:

1) dapat placement - M.Sc Information Systems : Business IT
2) dapat scholarship

... dan pada yang menyinggah kat blog aku ni (kalau ade), doakan la aku sama2...

Amin..

...lagu ku untuk mu...

...bengang...

Lagu ini asalnye nyanyian Bonnie Tyler, tajuk - Holding Out For A Hero (lyric asal boleh dilihat di sini http://www.stlyrics.com/lyrics/footloose/holdingoutforahero.htm). Tapi lagu ini aku olah semula dan aku tujukan khas untuk Service Engineer ku..

History :
1) RNO - Regional Network Operation
2) SE : Service Engineer (obviously)
3) CSM : Customer Service Management

Where have all the good men gone
And where are all the RNOs..?
Where's the street-wise technicians...
To fight the rising odds?
Isn't there a Project Manager upon a fiery steed?
Late at night I toss and turn and dream of what I need...

[Chorus]
I need an SE!
I'm holding out for an SE 'til the end of the night
He's gotta be strong
And he's gotta be fast
And he's gotta be fresh from the fight
I need an SE!
I'm holding out for an SE 'til the morning light
He's gotta be sure
And it's gotta be soon
And he's gotta be larger than life...larger than LIFE...

Somewhere after midnight
In my wildest fantasy
Somewhere just beyond my reach
There's someone updating reports for me
Racing to the deadline end rising with the heat
It's gonna take a super-SE to sweep my mounting SHITTT...

[Chorus]
Up where the clients meet the bosses above
Out where the sales target splits the team..
I would swear that there's someone in CSM
(just) Watching me
Through the year end the target and the pain
And the infra is no good
I never feel his approach
Set the fire in my blood~!!

Monday, October 20, 2008

...dulu lain, sekarang dah lain?

...hola!

Hari ni aku nak bercerita pasal kuih raya.. to be exact, kuih kesukaan ramai.. Almond London.

Aku rasa kuih ni bila makan tak ada pun rasa macam duduk London. Tapi kenapa kena letak wording London kat belakang? Adakah sebab dia ada cokelat, dan cokelat banyak di London? Atapun sebab ada Almond, dah Almond banyak ditanam di London? Aku rasa tak. Adakah kerana warnanya cokelat kehitaman seperti kulit warga Afrika di London? Itu sudah perkauman! (ohh.. come to think of it.. padanla orang suka... ahaa...*hantuk kepala kat monitor laptop*) ...

Dan kalau pergi London, ada ke kuih ni dijual disana berbekas2? Tak ada kan? Tapi saban tahun kuih ni jugak la yang dicari dari budak budak sampai ke bapak budak, yang beraya di.. Malaysia. Hm.

Kuih Almond London yang aku pernah makan dulu memang sedap. Kalau cokelat dia tu penuh sampai ke bawah. Kira, selaput penuh la! Makan pun penuh mulut. Pastu kalau kacang tu, dapat sebijik! Punya la mewah..

Tapi, dengan kenaikan harga bahan mentah skang ni, rata2 Almond London dah tak seperti dulu. Kalau cokelat dia.. cuma cover belah atas jek, bawah dah tepung togel.. Tu jangan nak mula cerita pasal kacang. Dari sebiji, sampai separuh.. dan ada kes, dapat la suku. Aku rasa lama2 dia blend kan kacang tu, bagik je rasa badam... hm... kechiwa...

Anyway, sekarang ni aku dah kurang makan kuih raya. Satu, sebab kuih raya banyak marjerin/butter, nanti aku cirit birit. Dua, sebab skang ni aku rasa macam dah tak hairan la dengan Almond London, sebab kalu yang bertandang ke rumah aku, makan Ferrero Rocher... :)

Wednesday, October 15, 2008

...cerita lama...

..lama tak menulis!

Rindu nak menulis, tapi tak ada modal. Writer's block, orang kampung Paul Moss kate. Maybe.

Semalam aku jumpa kawan aku yang kerja kat Saudi. Tapi kali ni aku tak nak bercerita pasal dia kat Saudi. The fact that gaji dia 3 kali ganda dari gaji aku. The fact that dia dah buat umrah 4 kali dalam masa setahun setengah dia kerja sana. The fact that kat sana kalau setakat Chevrolet tu, bersepah macam Kancil kat Mesia. The fact that.. ahhh.. aku jealous dengan life dia. Tapi lain orang, lain rezeki. Kan?

Kawan aku ni ex-girlfriend kepada ex-boyfriend aku. Sounds familiar? Yes.. those stories about ex-es bonding.. coz.. we share the same.. fate? Hahhahahahahahha....

Semalam we hang out, for old time's sake. Maka bila bersembang tu, keluarlah cerita pasal.. ex-boyfriend kami ni. Tak leh avoid la kan?

Daripada cerita kawan aku ni, aku dapat tahu yang.. ex-bf aku ni selalu sangat bercerita pasal aku kat dia. Waa.. bahaya. She admitted yang dia tak suka dengar. Tapi since masa tu dia gf mamat ni, dia dengar je la. Walau hakikatnye dia rasa macam nak cekik2 je leher mamat ni.

Aku tak sangka yang ex-bf aku akan bercerita pasal aku. I mean, banyak kenangan manis aku la yang aku simpan dengan dia(dan seterusnye aku citer kat Amir.. hahahahahah.. selamba). Tapi pada aku, kalau kau nak share dengan orang lain, fikir-fikir lah dulu. Dia mungkin tak sanggup nak dengar cerita pasal kau sanggup turun Melaka dari KL semata-mata nak tengok aku kat hospital. Pada dia, itu cerita lama. Move on man..

Aku jadik segan dengan kawan aku ni. Sheeshh...

Pada aku, setiap hubungan harus beretika. Kalau kau tak cukup kenal pasangan kau, jangan kau menguji dengan perkara macam ni. Pasangan kau sure tak suka. And jangan pulak assume yang kalau dia tak cakap apa-apa, he/she's fine. Kenali hati budi. Jangan main membuta tuli...

Nak buat cerita lagi tak best... kawan aku ni break off dengan ex-bf aku..

...sebab aku (tapi.. dia tak tahu).

:(...