Monday, October 20, 2008

...dulu lain, sekarang dah lain?

...hola!

Hari ni aku nak bercerita pasal kuih raya.. to be exact, kuih kesukaan ramai.. Almond London.

Aku rasa kuih ni bila makan tak ada pun rasa macam duduk London. Tapi kenapa kena letak wording London kat belakang? Adakah sebab dia ada cokelat, dan cokelat banyak di London? Atapun sebab ada Almond, dah Almond banyak ditanam di London? Aku rasa tak. Adakah kerana warnanya cokelat kehitaman seperti kulit warga Afrika di London? Itu sudah perkauman! (ohh.. come to think of it.. padanla orang suka... ahaa...*hantuk kepala kat monitor laptop*) ...

Dan kalau pergi London, ada ke kuih ni dijual disana berbekas2? Tak ada kan? Tapi saban tahun kuih ni jugak la yang dicari dari budak budak sampai ke bapak budak, yang beraya di.. Malaysia. Hm.

Kuih Almond London yang aku pernah makan dulu memang sedap. Kalau cokelat dia tu penuh sampai ke bawah. Kira, selaput penuh la! Makan pun penuh mulut. Pastu kalau kacang tu, dapat sebijik! Punya la mewah..

Tapi, dengan kenaikan harga bahan mentah skang ni, rata2 Almond London dah tak seperti dulu. Kalau cokelat dia.. cuma cover belah atas jek, bawah dah tepung togel.. Tu jangan nak mula cerita pasal kacang. Dari sebiji, sampai separuh.. dan ada kes, dapat la suku. Aku rasa lama2 dia blend kan kacang tu, bagik je rasa badam... hm... kechiwa...

Anyway, sekarang ni aku dah kurang makan kuih raya. Satu, sebab kuih raya banyak marjerin/butter, nanti aku cirit birit. Dua, sebab skang ni aku rasa macam dah tak hairan la dengan Almond London, sebab kalu yang bertandang ke rumah aku, makan Ferrero Rocher... :)

No comments: