Tuesday, June 17, 2008

...lompat, si katak lompat!

..working, from home.

Aku amik cuti sebab aku tak nak masuk office minggu ni. Banyak proposal aku pending sebab aku tak sempat buat sebab waktu office hour aku perlu bekerja dengan team internal yang akan off handphone / tak jawab phone / tak baca email lepas jam 5.30 petang. So, masa aku instead of habis dengan client, biasanya akan habis mengejar orang2 ini supaya kerja aku siap.

Bercerita tentang kerja aku ni kan, aku tak suka buat magic masa kerja. Contoh buat magic ialah; main lompat tikam. Hahahaha... Anyway, what I meant is kalau biasanya service installation amik masa 7 hari, aku tak suka buat dalam masa 2 hari. Sebab:

1) Order lain pun banyak kena beratur. Sekali aku main 'lompat tikam', order orang lain akan pending dan menyebabkan kerja orang lain jadi lambat dan kemudiannya orang itu akan menyumpah aku hidup2.

2) Ini akan menyebabkan sesetengah client merasakan dia sangat istimewa kerana order dia boleh main 'lompat tikam' walaupun secara zahirnya dia bayau sama jek dengan orang lain yang kena amik giliran.

3) Ini akan menyebabkan sesetengah client ingat dengan melalak kepada COO ordernya itu akan berjalan dengan lancar, sedangkan aku hanya ikut prosedur iaitu 7 hari bekerja. So sebab dia 'lompat tikam', aku kena 'lompat galah'?

Dalam kes ini aku sangat tak setuju dengan top management aku yang suka beri preferences kepada sesetengah client yang kalau ikutkan bukan top revenue contributor pun pada company tempat aku bekerja ni. Oh, so this client is a strategic partner? Hello, buat background check please.. tak semuanya betul, ada tu just take us for granted OK... Asal kenal itu 'Latuk' atas semua boleh jalan dengan lajunya.

Apalah salahnya be firm on the directives that you actually have provided as a guideline? Pada aku, itu serupa cakap tak serupa bikin. Kalau 7 hari, 7 hari la. Paling-paling pun exception mungkin kita boleh expedite mana-mana process yang tak perlu memakan masa yang panjang. Tapi hari ni keluar order esok pasang? Hey, ingat satu hari cuma sepuluh order yang datang? Dan for all you know, by jumping queue, you are not being fair to the other clients who actually had to wait for their turn, as if you are paying more, but you are not!

Aku marah ni bukan apa, ada sesetengah pihak yang take it for granted that we can provide you special treatment just because you press our 'Panic Button' - which is the 'Latuk' up there. C'mon...get another day job please...

No comments: