Tuesday, June 10, 2008

...mamma mia, here I go again...

Good Morning!

Semalam balik office lambat. Hubby and wifey kena kerja sampai malam. Huhuhuh..

Kelmarin aku sembang dengan kakak sulung aku. Topic paling hangat yang aku bincangkan ialah topik menjaga adat. Kenapa? Sebab ia bersangkut paut dengan satu budaya orang Melayu yang aku kureng setuju, iaitu bercukur jambul dan melenggang perut.

Kenapa aku tak setuju? Sebab pada aku cukur jambul tu bukan amalan yang betul. I mean, yeah, orang akan kata, ada marhaban.. and such, tapi that is not what our Prophet do right? Like, tak pernah pulak la ada dalam hadis yang menyatakan kita kena pusing keliling, cukur rambut baby and letak dalam air kelapa? What is the rationale? Nasib baik budak tu kecik lagi and tak faham, kalau besar sikit mau trauma budak tu. Dah, gaya rambut dia ditentukan oleh sekumpulan masyarakat yang I bet bukan semua tukang gunting rambut.. hmm...

And satu lagi yang aku tak setuju semasa cukur jambul is amalan campak duit syiling dengan gula-gula untuk direbut. Ada orang buat camtu. Kat kampung la. Kenapa tak suruh je budak2 tu beratur sorang-sorang, kalau ye la nak menderma kan? Berebut-rebut camtu. Kesian.

Pada aku cukup dengan buat kenduri doa selamat and buat akikah. Aktiviti tu pun dah cukup untuk merapatkan silaturrahim antara orang kampung. Tak payah nak buat yang pelik2...

Satu lagi yang aku rasa cam dah tak payah la buat ialah 'melenggang perut'. Gelek perut mak budak tu dengan kelapa, nak tau jantina lelaki ke perempuan. Like, kita kan dah ada ultrasound? Lagi best, boleh nampak budak tu lelaki ke perempuan. 3D lagi. Boleh print lagi! I mean, there is someting that we call medical advancement, isn't it? Buat kenduri untuk mak budak tu cukup la. Better still, doakan kesejahteraan mak budak and budak yang bakal lahir tu. Lagi berkat.

Now, the reason why aku pangkah ni sebab it happens to my own family member. My own sister. Aku rasa she's wise enough to know that these cultures are not right, and it is not being practiced in our family. Tapi tulah, bila kita dah jadi a part of another family, I can understand why she has no choice. But I still believe that how you shape your family, starts with having your own stand and say in your family, for your family. If it's not right, say so...

No comments: