Wednesday, June 25, 2008

..solace..

*lunch break*

Hari ni cukup sibuk.

Plus, kalau aku tak sibuk pun aku akan menyibukkan diri aku.

Biasanya kalau aku ada masalah peribadi, aku akan ignore dan keep myself preoccupied with work. Walaupun kerja aku tension, tapi kebanyakannya masih dalam kawalan sendiri. Within my control and power. Solution depan mata.

Tapi masalah peribadi, perlu masa yang panjang untuk diselesaikan. Perlu difikirkan secara mendalam. Perlu diberi tumpuan. Dan aku tak pasti jika aku ada masa untuk itu.

Sebenarnya banyak yang bergolak dalam benak. Tapi aku tak pasti pada siapa harus aku luahkan. Nak cerita pada hubby, aku rasa dia punya masalah lebih, kalau tak pun sama banyak dengan aku.

Bila bercerita dengan kawan, lain yang dalam fikiran, lain pula yang terkeluar jadi perkataan. Ada yang berkecil hati, langsung menjarakkan diri. Entah. Seingat aku, aku yang bermasalah. Adakah mungkin dalam meluahkan apa yang terpendam, aku telah memadamkan sifat kesopanan dari tutur kata yang aku hamparkan?

Aku percaya pada kesetiaan. Pada kesetiakawanan. Lantas agak susah bagi aku mendekatkan diri dengan sesiapa kerana aku pernah kecewa. Dan kini aku masih kecewa...

Apa lagi yang tinggal selain dari melayan perasaaan hati sendiri dan cuba mengubati. Mungkin parut yang terkesan tidak lagi menyakitkan. Itu lebih baik dari membiarkan ia bernanah dan memakan diri.

We are our own best friend, and we cannot expect everyone to understand us. But most important is, just put up a happy front. Others doesn't have to know that you are tethering at the brink of depression. That slowly, you hurt yourselves. That by time, you will experience anxiety. And finally, maybe...

LETTO - Memiliki Kehilangan
------------------------------------
tak mampu melepasnya walau sudah tak ada
hatimu tetap merasa masih memilikinya
rasa kehilangan hanya akan ada
jika kau pernah merasa memilikinya

pernahkah kau mengira kalau dia kan sirna
walau kau tak percaya dengan sepenuh jiwa
rasa kehilangan hanya akan ada
jika kau pernah merasa memilikinya

pernahkah kau mengira kalau dia kan sirna
walau kau tak percaya dengan sepenuh jiwa
rasa kehilangan hanya akan ada
jika kau pernah merasa memilikinya

1 comment:

Amirizzuan said...

care to share? u always have my ears. :)