Friday, November 28, 2008

...I Inspire Beautiful Powerful Love..

"I Inspire Beautiful Powerful Love"

...itu actually satu statement yang aku letak atas meja aku. Bersama-sama kata-kata semangat yang lain;

"Never Give Up"
"Coming together is a BEGINNING, keeping together is PROGRESS, working together is SUCCESS"
"WINNING means always striving to be BETTER, DIFFERENT, FIRST"
"What matters most is how you see yourself" (caption ada gamba anak kucing tengok cermin dengan reflection singa)

dan yang paling poyo sekali -

"I can do anything and I'm beautiful doing it" (ada gambar awek buat flying kick sebab ini ad utk Nike Woman).

Ada jugak article yang aku amik dari newsletter company aku - "Leadership tips - characteristics of an effective team". Ewah... masa ni aku berangan nak jadi team leader. So aku letak la article ni untuk aku baca buat tambah ilmu...

Inspiring? Er.. not!

Semua ni aku letak masa aku awal2 take up the challenge untuk buat High End Profile customers. Gile. Masa tu aku tak ada kawan nak motivate diri aku ni. So kena la push diri sendiri. Heh.

Tapi bila dah lama2 tu dia jadi disillussioned. So lately aku punya slogan atas meja ada cynical sikit;

"My job is secure - nobody wants it"
"Some days are a total waste of makeup"

..buat gelak kalau tengah tension. And untuk sejukkan hati aku, aku letak gamba wedding parents aku. Bila ingat kat derang aku rasa tenang kejap, tadek la rasa huru-hara.

Dan aku letak jugak notice kat whiteboard aku - magnet Garfield; MY PLACE, MY MESS, MY BUSINESS. Tapi ade jugak yang miang tangan kemas meja aku masa lawatan Dato' COO ke opis aku hari tu. Shilake. Biarla. Nampak la aku ni banyak keje...(memang banyak keje pun).

Rupanya bila aku trace balik, perangai letak mende pelik2 atas meja aku ni aku bawak dari masa aku sekolah menengah lagi. Masa tu aku prefect; prefect kat asrama dapat room. Dalam satu bilik ada 3 orang, dua orang ni dapat noticeboard, aku tak ade. So aku buat sendiri pakai papan polisterin. Aku beli pembalut cantik, aku balut, dan aku tampal board ni atas dinding depan meja study aku. Atas board tu aku letak gamba mak aku, gamba aku adik-beradik, kata-kata semangat untuk aku SPM. And of course, target aku untuk SPM - 9A1! Aku actually dah lupa pasal board ni sampai la aku came across gamba aku masa form5 kat bilik; choyyy... poyo gile!

Bila kat MMU, perangai tu tak abis lagi. Ade satu board kat depan meja aku jugak. Bila aku ada masalah dengan one of my housemates yang tetiba pulaukan aku tak pasal2, aku tulis kata-kata semangat "She's only ONE person!" something like that la. So board ni tempat aku meluahkan perasaan aku yang tengah sakit hati sebab ada lahanat sorang ni buat hal pulak dengan aku.

So.. board aku ni memang banyak gunanya..utk motivasikan diri aku, and tempat aku luahkan perasaan aku.. :P

Aku rasa kalau aku jadik boss, perkara pertama yang aku akan buat, letak motivational stuffs kat meja setiap staff aku. (Tadek la exactly macam yang aku buat skang ni, melampau2). Akan aku susun kat dinding office. Kat bilik aku. Every evening, buat pep talk 5 mins ataupun buat aktiviti yg boleh rapatkan hubungan sesama staff. Menari, berlakon, ape-apelah. Sebelum balik rumah, discharge dulu masalah.

Aku percaya untuk naikkan produktiviti kakitangan, kita kena amalkan sikap caring for each other. Lift their spirits, show that we care. Sales team lebih2 lagi. Hari-hari kita balik kerja dengan rasa susah hati utk menghadapi hari esok. Give these people something to look forward to each day.

..dan kita mulakan dengan meletakkan slogan ini atas meja - NEVER GIVE UP!

Satu hari nanti... :-)

1 comment:

Amirizzuan said...

Never give up, never surrender.
-- Galaxy Quest.