*nak dekat tengahari*
Aku sembang dengan member aku hari ni. Perbualan berkisar tentang 'body issues'. Hm, topic yang biasa kita dengar.
Aku antara yang dulunye (mark my word, 'dulunye') tak perlu gusar tentang berat badan. Wah gitu! Makan ape pun aku masih nampak skinny. Skinny chic. Twiggy? That's me baby...
Tapi.. tapi... itu semua sudah berubah...
Satu hari aku perasan seluar aku semua dah tak muat. Kalau muat pun, sendat. Dah la sendat, aku nak berjalan pun penat. Penat? Penat tau...
Semakin kita mengalami proses kematangan, body kita dah tak membakar lemak macam masa kita kat university dulu. Wahh... dulu aku pergi kelas, jalan kaki! Jauh tau. Itu baru jalan kaki pergi kelas, pi Pasar Malam Taman Kerjasama? Ingat dekat ek dari Taman Bukit Beruang Utama tu? Berpeluh ketiak tau! Seb baik masa tu dah ade boyfriend, tak kisah la kan awek yang jalan seblah dia tu berpeluh. Heh. Sayang punye pasal. And kalau ingat balik, aku selalu jugak jalan kaki gi rumah boyfriend (hantar barang tau, bukan pi lepak umah dia), main basketball. Jogging. Mendaki bukit belakang tu (walaupun sampai atas muka aku dah biru).
Active! Memang la keping.
Tapi bila dah kerja, paling paling exercise aku ialah jalan kaki pi jalan tengah kat belakang office aku utk tapau nasik hari jumaat. Or skang jauh sikit la, jalan kaki pi LRT. Waktu balik SAHAJA. Plus, aku dah kurang bersenam. Dulu masa kawan aku ramai bujang, ade jugak la nak main futsal sebulan sekali. Skang, semua yang bujang, dah kawin, plus dah membawak budak. Mana la nak main futsal lagi...
Kalau ada orang yang nampak aku sekarang, they always say that aku tak banyak berubah pun. Masih keping cam dulu. Tapi, underneath this baju, aku (dan Tuhan..) yang tahu.
Bila body dah tak rasa.. cam dulu, it really affects your confidence. Sekarang, nak gayakan seluar pun aku fikir 5-6 kali. Suit aku seluar dah kena pakai M (dulu S ok?). Bila nak pergi kerja, aku pening nak fikir baju apa yang boleh menyorokkan lower portion body aku yang semakin tak sekata ni. Bukan setakat baju, tang muka pun aku dah naik sebu menengoknye. Makin gebu! Tak nampak dah jaw line. Yang aku nampak? Bumper, tang dagu. Double you...
This is depressing. Hmm.. nak makan eskrem coklat lah. ;-P
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hehehe. kalau tension lagi mari kita pegi makan steamboat kat tupai2, tak pon korean bbq kat seoul. ;)
Post a Comment