Tuesday, November 4, 2008

...love like that...

hola~!

Semalam aku went through surat-surat lama aku masa kat high school.

Demm. Macam-macam ada!

Ada yang sweet, ada yang kelakar. Ada yang.. oops.. toya! Yang sweet dari adik-adik angkat aku masa kat sekolah. Ye la, kita duduk asrama. Kalau nak bercakap dengan adik angkat a.k.a College Sis aku ni, kena lalu notes. Aku teringat zaman tu; kalau aku nak ajak CS aku date, aku akan tulis note, lipat and selit bawah food tray dia. Biasanya waktu dinner atau breakfast. And nothing would make my day happier when I found her note slipped under my tray. Especially when she said.. YES, jom tengok filmshow sama2... wihuuuu... kadang2 kalau lepas weekend, aku dapat chocolate bar. Best best...

(Okey.. okey. I know.. pelik kan..)

Ada jugak notes dari kakak angkat aku. Dia tak berapa suka tulis note. Notes dia pun pendek-pendek je. "Aku tengah study and aku teringat kat kau...""Aku nak wish gudlak for your finals..""Kau pi tengok filmshow minggu ni? Aku malas la.." (maknanya dia tamau ajak aku date la kan.) Bila aku baca balik, memang pelik rasanya. Amir memang pangkah gila la aktiviti menghantar notes ni kan. Dia kata memang tak pernah jumpa orang tulis notes macam tulis surat cinta ni. Lagi-lagi la sesama pempuan..

Dan ada jugak surat dari secret admirer aku yang secara peliknya masih aku simpan. Sedangkan surat dari boyepren aku semuanya sudah aku bakar dulu. Bakar tu... dramatik sungguh!

Dan ada jugak surat dari geng aku masa sama2 program student exchange dulu... :-)

Tapi surat yang paling aku hargai ialah surat2 yang dihantar oleh arwah sahabat baik aku masa aku sekolah kampung dulu. Setiap kali exam, atau bila lapang, atau bila birthday, she never failed to send me something. Sebak bila membacanya; mengenang bahawa orang yang menulisnya sudah lama mengadap Ilahi. Rindu tu jangan nak cakap la...

Daripada notes, surat dan kad2 yang aku dapat ni, aku realize yang sebenarnya aku masih disayangi. Aku ada kawan-kawan yang setiap kali sign-off surat, akan bagi aku "x0x0x0xo", "loves", "loves you", etc...dan semua itu pernah dulu menjadi teman masa aku rasa lonely kat asrama dulu. And masa zaman aku pernah berjiwang karat dengan boyefren aku dulu... hahahahah toye gile rasa...

...best kan?

(Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Norzaida Masrom...)