Noon, lunch hour. Lapar tapi malas nak makan...
Semalam aku pi meeting. As always, aku akan register utk pass pelawat kat adik receptionist bangunan tu. And sebab dah kenal, setiap kali aku datang adik ni sure sapa aku.
Hari semalam special sikit dia tegur.
"Suka la tengok akak."
He he. (Kembang tak usah cakap la...rasa nak melayang ke tingkat 21 Menara SME tu terusss....)
Aku suke make-up. Aku tak kisah berhabis untuk make-up. Aku pernah berhabis lebih 3 ribu untuk facial sahaja. Aku tak kisah. Muka aku masa tu memang berjerawat teruk masa tu. Ada ketika dulu, aku sanggup cuti bila muka aku macam orang kena demam campak. Tak sanggup nak tengok cermin, apetah lagi nak jumpa orang... punya la rasa rendah diri..
Pada aku memang semua wanita mahu kelihatan cantik. Aku tak berapa kejar term 'cantik', pada aku, aku lebih suka kelihatan presentable. Aku tak rasa aku cantik. Biasa je...
Satu lagi yang aku tak berkira ialah baju. Untuk meeting aku memang suka pakai suit. Sebab bila aku pakai suit, orang lebih attentive pada aku bila aku bercakap. Dan biasanya aku senang dapat apa yang aku nak bila aku pakai suit, ataupun at least pakai blouse. Tapi jangan salah anggap; aku tak pernah pakai seksi. Low cut? Takleh la.. (bukan ada apa2 yang aku nak flaunt pun. Hahahahhaha..)
Tapi yang kelakar ialah bila aku pakai baju kurung/kebaya. Ada sekali tu customer aku boleh tak cam aku bila aku pakai baju kebangsaan ni. Shilake...
I have nothing against baju kurung. Cuma kalau nak pakai baju kurung, please ensure jangan nampak macam makcik-makcik nak pi pasar. Fabrik kena la yang cantik, jangan la pakai kain cotton macam masa kita kat asrama dulu. Bila kedut, tak cantik. Silk is OK, tapi tak perlu la pakai kain sutera Opel. Tak selesa. Yang penting, cantik dan selesa...
Penataan warna jugak penting. Don't wear clashing colors, and kalau nak pakai prime color, jangan la dari kepala sampai ke kaki warna yang sama...tak ke jelik...
Aksesori jugak jangan la melampau-lampau. Ada staff kat opis aku ni, aku rasa nak panggil dia "The Walking Christmas Tree". Penuh dengan ornament. (Kalau aku cucuk plug letrik, mesti akak ni menyala... Hahahahahaha...) The point here is.. be attractive, not distractive... unless kalau nak suruh orang tu sign agreement without reading the fineprints, yes.. pakai la sepenuh-penuhnye... kiri dan kanan, atas dan bawah.. hahahahahaha.. but I doubt that it'll work..
Bila dalam career seperti aku, penampilan mesti OK. Baju kena kemas. Kasut mesti bertumit, kalau boleh, tinggi (serious, ni GM aku bagitau). Yang penting, timbulkan rasa confident for the rest to talk to you. Trustworthi-ness, one of my friends used to say. :) Dan yang penting, bila kita look presentable, kita sendiri pun rasa lebih confident untuk berinteraksi. Tak de la rasa conscious.. "Eh, ok ke baju ni? Comot tak?" etc...Nanti bila sibuk fikirkan pasal baju, message yang kita nak sampaikan pun tak kena. Body language pun tak kena, nampak canggung saje...
Tapi yang aku tak tahan bila ada orang ternampak passcard aku, then compare dengan aku sekarang. Ada yang selamba sound.. "huiii.. innocent nye..DULU...". So what? That pic was like.. 2 years back. C'mon people.. when you said "DULU".. does that means I am not innocent NOW? Hell, I don't care. It's not like I am prancing around scantily-dressed. Sama je, cuma lebih bergaya... ;-)
...so, selamat bergaya!
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
eceh. power la yang. kagum. i would say, the right word is classy. ;)
*ni bukan menganjing, tapi waktu baca this entry dalam kepala tetiba kuar classical song yang macam lagu dunhill tu*
Post a Comment