Thursday, October 30, 2008

...gunakanlah bahasa kebangsaan kita.. marilah jayakan ramai2...

...tak larat.

Perut sakit. Hati pun sakit.

Tapi kerja masih perlu diteruskan.

Pagi tadik aku dengar snippets perbahasan usul kat Dewan Rakyat. Aku rasa la Dewan Rakyat. Well, aku rasa Dewan Rakyat kita adalah Dewan yang.. membosankan. Sorry. Aku tau maybe sebab dia bagi dengar yang sopan santun je la kan. Yang macam bergaduh2 tu kurang kot. Or kebetulan hari ni semua orang demam(?) atau mabuk maruku(?) yang menyebabkan sesi tu.. MasyaAllah.. lemau macam kuih gulung kat umah aku.

Contoh:
Wakil A: Adakah kerajaan akan memastikan bahawa sebelum pemindahan pelajar ke IPTS yang baru, segala kemudahan prasarana, kuliah, makmal adalah sempurna?

Wakil B: Seperti yang kita maklumkan tadi, kami akan mengarahkan IPTS tersebut untuk memeriksa sebelum pemindahan dijalankan.

Satu, aku rasa Wakil B tak menjawab soalan. Tatau la kalau korang puas hati dengan jawapan berskrip ni. Sesi macam baca skrip. Tak mencabar langsung isu. Tak mencabar langsung intonasi. Tak ada provokasi. Macam berjual pantun. Sebab lepas tu Wakil A tak challenge langsung jawapan tadi.

Dua, aku rasa semua MP kat Dewan Rakyat tu perlu belajar Bahasa Melayu semula. Sorry, I am not being ultra-conservative here. Like, pro Malay cam UMNO. But please, make an effort to learn how to pronounce Malay word properly OK? You know, budak sekolah rendah sekarang be it India ke, Chinese ke, bercakap melayu tu dah bunyi macam Melayu. Even mamat India opis mate aku ni pun reti cakap Melayu proper. Malu le.

Kuliah, bukan kuli-e. Prasarana, bukan pasarna. Mula-mula kelakar, lama-lama aku rasa macam MP ni tak ada usaha langsung nak perkasakan sebutan. Apa, you sound stupid when speaking in Malay? Yeah memang stupid. So jangan la buat excuse. Belajar!

Waaaa emo nye aku. Maybe sebab aku tengah PMS... :)

chalorssss...

No comments: