Wednesday, October 15, 2008

...cerita lama...

..lama tak menulis!

Rindu nak menulis, tapi tak ada modal. Writer's block, orang kampung Paul Moss kate. Maybe.

Semalam aku jumpa kawan aku yang kerja kat Saudi. Tapi kali ni aku tak nak bercerita pasal dia kat Saudi. The fact that gaji dia 3 kali ganda dari gaji aku. The fact that dia dah buat umrah 4 kali dalam masa setahun setengah dia kerja sana. The fact that kat sana kalau setakat Chevrolet tu, bersepah macam Kancil kat Mesia. The fact that.. ahhh.. aku jealous dengan life dia. Tapi lain orang, lain rezeki. Kan?

Kawan aku ni ex-girlfriend kepada ex-boyfriend aku. Sounds familiar? Yes.. those stories about ex-es bonding.. coz.. we share the same.. fate? Hahhahahahahahha....

Semalam we hang out, for old time's sake. Maka bila bersembang tu, keluarlah cerita pasal.. ex-boyfriend kami ni. Tak leh avoid la kan?

Daripada cerita kawan aku ni, aku dapat tahu yang.. ex-bf aku ni selalu sangat bercerita pasal aku kat dia. Waa.. bahaya. She admitted yang dia tak suka dengar. Tapi since masa tu dia gf mamat ni, dia dengar je la. Walau hakikatnye dia rasa macam nak cekik2 je leher mamat ni.

Aku tak sangka yang ex-bf aku akan bercerita pasal aku. I mean, banyak kenangan manis aku la yang aku simpan dengan dia(dan seterusnye aku citer kat Amir.. hahahahahah.. selamba). Tapi pada aku, kalau kau nak share dengan orang lain, fikir-fikir lah dulu. Dia mungkin tak sanggup nak dengar cerita pasal kau sanggup turun Melaka dari KL semata-mata nak tengok aku kat hospital. Pada dia, itu cerita lama. Move on man..

Aku jadik segan dengan kawan aku ni. Sheeshh...

Pada aku, setiap hubungan harus beretika. Kalau kau tak cukup kenal pasangan kau, jangan kau menguji dengan perkara macam ni. Pasangan kau sure tak suka. And jangan pulak assume yang kalau dia tak cakap apa-apa, he/she's fine. Kenali hati budi. Jangan main membuta tuli...

Nak buat cerita lagi tak best... kawan aku ni break off dengan ex-bf aku..

...sebab aku (tapi.. dia tak tahu).

:(...

No comments: