Tuesday, July 15, 2008

...when you feel undervalued...

*petang*

Dah lama tak update post. Nak dijadikan cerita aku punya notebook crash. Aku rasa happy. Liberated! First time in my life aku rasa sangat lega. Something lifted out of my head, my chest. Tapi petang tu aku terus dapat loaner notebook. Crap.

Anyway, that aside...

Aku sedang mencari kerja baru. Tempat kerja lama aku ni rasanya dah macam.. menyesakkan. Aku rasa aku overworked and undervalued. Aku tak seronok kerja kat sini. Tak ada kawan. Ramai yang membenci. Aku selalu fikir sama ada aku ke yang bermasalah, atau pun kerja ni yang bermasalah. Tapi semakin lama aku fikir, aku rasa, SYARIKAT NI YANG BERMASALAH. Hahahahhahaha..

Tapi bila aku tanya one of my online friend, dia kata, orang gila je sanggup amik aku bekerja. Wah. Aku setuju dengan dia. Aku gila. Aku gila kerja. Aku gila kuasa. Hence, orang yang gila saja sesuai bekerja dengan aku.

Semalam aku bincang dengan "home boss" aku (A.K.A Amir lorr..). Aku cakap aku nak resign. Dia kata OK jek. Tapi aku rasa dia sure tak larat. Hehe. Aku high maintenance. Bulan2 dah biasa pegang 3K ke atas. Nak apa semua beli sendiri. Nanti kalau aku berhenti mana dia nak bagi 3K buta-buta camtu? Hilang akal namanya...

So aku go thru apa options yang aku ada...

1) Cikgu - tamau la. Kakak aku 3 orang cikgu. Kalau balik rumah bapak aku tak de cerita lain.. tu pasal bapak aku tunggu aku balik. Sebab aku je yang tak bercerita pasal kerja cikgu. Heh.

2) Lecturer - tamau la. Sepupu aku ada sorang yang jadi lecturer. Jadi lecturer kat KUITTHO (aku dah lost dah nama uni tu skang). KUITTHO tu kat kampung aku. Sepupu aku ni kerek. Dari zaman sekolah nak bersaing dengan aku. And tak leh tengok aku dapat lebih. (Ada ke patut masa aku dapat 3 offer lepas PMR dia kata aku mengada-ngada apply banyak tempat? Suke ati aku la!) So sebab dia jadi lecturer, takkan aku nak sama karier dengan dia? Uh puhleeezzeee..

3) F&B - aku ade terfikir nak keje kat McD. Sungguh! Tapi aku rasa kalau gaji RM300 sebulan, kerja shift, aku rasa aku tak sanggup kot.

4) IT-related job - hm. Aku lepas graduate langsung tak jengah dan tak jamah ilmu IT ni. Programming assignment dulu pun aku banyak pau Amir punya solution. Mana nak reti? So takleh gak ni.

5) Marketing - Hoih, keje aku sekarang. Lagi la hilang akal. Aku penat la buat Sales & Marketing. Aku tak pandai berniaga. Aku lurus(?).

6) Orang gaji - aku rasa kalau aku offer nak jadi orang gaji, mesti ada orang yang sanggup nak ambil aku bekerja. Mana taknya, aku orang tempatan. Berdarah Jawa (eh, orang Jawa rajin tau). Cuma, sanggup ke buat kerja amah hari2? Tak ada cuti pulak tu...hmm...

... so, lepas menyenaraikan semua yang aku rasa aku boleh nak buat, aku rasa... kerja sekarang ni hadap aje la sampai muntah. Orang lain yang kerja kat company ni boleh je beranak dua-tiga, tadek hal je...?

Aku aje kot yang pandang keje aku susah... kena balik lewat. Orang lain balik 5.30 OK je?

Aku je kot yang rasa macam susah je nak jual product syarikat ni (ye la, NTU tak ada, network port tak ada, bandwidth tak ada...ah, Metro Ethernet dah takleh jual? What the..?)

Aku je kot yang rasa Customer Service aku tak nak tolong aku ("Pacnet Global is not in our list" - walaupun setakat tukar nama dari Asia Netcom Singapore ke Pacnet Global, dan dah attend meeting dengan customer pun.)

Aku je yang rasa macam tu.. actually OK keje kat sini ni.. kerja tempat orang gila.. :)

1 comment:

Amirizzuan said...

i believe in that 'rezeki' is anywhere if u really work hard to get it; that means it's either with your current company or not.

kayuh pelan pelan. jangan pelan sangat sebab nanti jatuh dari basikal, jangan laju sangat pasal nanti penat.